Sunday 24 April 2011

Program Bahasa Malaysia

1.  Bacalah sayang
2.  Celik membaca
3.  Pintar mengarang
4.  Celik Wacana
5.  Mahir Petikan 
6.  Cekap Tatabahasa
7.  Bijak Kamus
8.  Karnival BM
9.  Program Citra Bahasa
10.Menjejak Isi
11. Ulat Bahasa
12. Kuiz
13. Ujian Mengejut( uji sama ada murid beri perhatian p&p lalu)
14. Album Perbendaharaan Kata
15. Kuiz Mingguan
16. Bengkel BBM

Thursday 21 April 2011

Kesalahan Tatabahasa

1. Apa yang kamu buat saya akan ikut. (x)
    Apa-apa yang kamu buat saya akan ikut.(/)
2. Sultan Selangor menganugerahkan tentera itu sebutir pingat.(x)
    Sultan Selangor menganugerahkan sebutir pingat kepada tentera itu.(/)
3. Suhaida mempunyai sebuah impian yang besar.(x)
    Suhaida mempunyai impian yang besar.(/)
4. Oleh kerana kakinya terseliuh, dia tidak datang ke sekolah.(x)
    Oleh sebab kakinya terseliuh,dia tidak datang ke sekolah.(/)
5.  Rumah-rumah di kawasan itu besar-besar belaka.(x)
     Rumah di kawasan itu besar-besar belaka.(/)
6.  Minumlah susu kerana ia mengandungi banyak kalsium.(x)
     Minumlah susu kerana susu mengandungi banyak kalsium.(/)
7.  Di dalam kotak itu apakah?(x)
     Di dalam kotak itu apa?(/)
8.  Ampunilah hambumu ini.(x)
     Ampunilah hambu-Mu ini.(/)
9.  Kami ingin tahu bilakah keputusan akan diumumkan.(x)
     Kami ingin tahu bila keputusan akan diumumkan.(/)
10.Karim meletakkan pinggan itu dalam almari.(x)
     Karim meletakkan pinggan itu di dalam almari.(/)
11. Segala bukti-bukti hendaklah diterangkan dengan jelas.(x)
      Segala bukti hendaklah diterangkan dengan jelas.(/)
12. Rumah saya terletak antara masjid dengan balai raya.(x)
      Rumah saya terletak di antara masjid dengan balai raya.(/)
13. Pertemuan di antara mereka berdua memang sudah dirancang.(x)
      Pertemuan antara mereka berdua memang sudah dirancang.(/)

Wednesday 16 March 2011

FORMAT PENULISAN( BHGN C ULASAN)

ULASAN.
1. Ulasan mestilah dalam satu perenggan
2. Mestilah  mengandungi 5 nilai/pengajaran/perbuatan baik
3. Format penulisan,
     5 penanda wacana    5 kata penegas     5 nilai/pengajaran    5 keteranga/huraian
4. Penanda wacana(ASSDA)- antaranya,selain itu, seterusnya,di samping itu, akhir sekali
5. Kata penegas ( K-MWHHP) KITA mestilah,wajarlah,haruslah,hendaklah,perlulah
6. Nilai/pengajaran berdasarkan teks/soalan
7. Keterangan atau huraian merujuk kepada mengapa ( agar /  supaya )
8. Elakkan salin semula soalan,meringkaskan petikan,tulis nilai dalam bentuk poin

FORMAT PENULISAN UPSR (BHN B)

PENDAHULUAN
1. Biasanya memberi penerangan /definisi/kata aluan/tentang tajuk atau soalan yang diberi
2. Jangan lebih satu perenggan
3. INGAT ! Pendahuluan bukan IDEA
4. Memadai 1 hingga 2 ayat
5. Sebaik-baiknya menggunakan 6 perenggan
        Pendahuluan -  perenggan 1
        Isi/Idea         -  perenggan 2,3,4, dan 5
        Penutup        -  perenggan 6
6. Idea karangan   i. idea utama,    ii,  Huraian kecil idea     iii,  Huraian terperinci idea/contoh
7. Pastikan penggunaan penanda wacana dalam perenggan karangan
8. Pastikan satu idea menggunakan 1 perenggan

FORMAT PENULISAN UPSR

BAHAGIAN A
-  Pindahkan maklumat dan bina ayat lengkap yang gramatis/ayat majmuk
-  Bina ayat dalam urutan nombor/gambar
-  Nyatakan 5 aktiviti/atau situasi bergantung kepada arahan soalan
-  Mestilah mengandungi kata kerja watak
-  Biasanya menggunakan imbuhan me, mem, men, meng, ber
-  Pastikan nisbah ayat
-  contoh,
1.  SIAPA/APA(KN)?    BUAT APA(KK/KA)     OBJEK(KN)    KETERANGAN
-  Elakkan agar tidak membina ayat dengan menggunakan semua kata dasar
-  Elakkan penggunaan nama( Gunakan kata nama am/ kata bilangan / penjodoh bilangan / kata arah

SISTEM FAIL PANITIA BM

1.    FAIL PENGURUSAN AM
2.    FAIL MESYUARAT PANITIA
3.   FAIL MAKLUMAT GURU BM
4.   FAIL SURAT MENYURAT
5.   FAIL DOKUMENTASI  PANITIA
6.   FAIL PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
7.   FAIL BANK SOALAN
8.   FAIL PENYELIAAN DAN PENCERAPAN
9.   FAIL KEWANGAN DAN INVENTORI
10. FAIL HSP BM
11. FAIL PROGRAM PANITIA
12. FAIL SEMAKAN BUKU KERJA MURID