Thursday 21 April 2011

Kesalahan Tatabahasa

1. Apa yang kamu buat saya akan ikut. (x)
    Apa-apa yang kamu buat saya akan ikut.(/)
2. Sultan Selangor menganugerahkan tentera itu sebutir pingat.(x)
    Sultan Selangor menganugerahkan sebutir pingat kepada tentera itu.(/)
3. Suhaida mempunyai sebuah impian yang besar.(x)
    Suhaida mempunyai impian yang besar.(/)
4. Oleh kerana kakinya terseliuh, dia tidak datang ke sekolah.(x)
    Oleh sebab kakinya terseliuh,dia tidak datang ke sekolah.(/)
5.  Rumah-rumah di kawasan itu besar-besar belaka.(x)
     Rumah di kawasan itu besar-besar belaka.(/)
6.  Minumlah susu kerana ia mengandungi banyak kalsium.(x)
     Minumlah susu kerana susu mengandungi banyak kalsium.(/)
7.  Di dalam kotak itu apakah?(x)
     Di dalam kotak itu apa?(/)
8.  Ampunilah hambumu ini.(x)
     Ampunilah hambu-Mu ini.(/)
9.  Kami ingin tahu bilakah keputusan akan diumumkan.(x)
     Kami ingin tahu bila keputusan akan diumumkan.(/)
10.Karim meletakkan pinggan itu dalam almari.(x)
     Karim meletakkan pinggan itu di dalam almari.(/)
11. Segala bukti-bukti hendaklah diterangkan dengan jelas.(x)
      Segala bukti hendaklah diterangkan dengan jelas.(/)
12. Rumah saya terletak antara masjid dengan balai raya.(x)
      Rumah saya terletak di antara masjid dengan balai raya.(/)
13. Pertemuan di antara mereka berdua memang sudah dirancang.(x)
      Pertemuan antara mereka berdua memang sudah dirancang.(/)